—— October 18, 2018

KZ ZS3, IEM Earphone Murah

IEM ni singkatan kepada in-ear monitor, kalau korang selalu tengok video klip musik atau pun konsert, korang akan perasan ada benda besar kat dalam cuping telinga pemusik-pemusik ni. Apa yang aku tau, para pemusik akan pakai IEM ni untuk dengar bunyi secara terperinci, disamping menggunakan fungsi noise canceling dari IEM tersebut.

Tapi kita juga boleh dapatkan benda yang hampir sama, dengan harga semurah RM30, dan kualiti bunyi yang boleh dikatakan macam earphone Sony yang berharga ratusan ringgit. KZ ZS3 ni sesuai untuk penggemar bass berdengung. Main game pun bunyi bapak clear. Selalunya kalau aku main PUBG mobile dengan kawan-kawan, aku boleh dengar/detect enemy datang or merangkak dulu sebelum dorg boleh dengar. Kadang-kadang dorg tak sedar pun ada enemy datang dari belakang or bunyi cacing merangkak. Lepas tu, aku baru perasan dekat Sanhok, kalau time hujan ada bunyi burung berkicauan. Indah siot. 😂

Benda paling cool pasal earphone ni, dia boleh cabut-cabut antara wayar Bluetooth atau pun wayar earjack yang cucuk-cucuk tu. Wayar Bluetooth kena beli asing, kalau nak beli, beli yang APTX version, around RM40 macam tu. Serius tak menyesal kalau minat dengar lagu tapi kedekut.

Cuma!

  • Kalau pakai wayar Bluetooth, jangan cas selalu. Tunggu bateri habis baru cas, lepas tu pakai charger yang rendah voltan, 1.5V sahaja. Fast charging ke apa ke, jangan.
  • Ada orang cakap earphone ni kena kasi “ranum” dulu sebelum guna, caranya hanya dengan memasang apa-apa lagu selama 5 jam. Lepas tu baru dapat sound yang betul-betul berkualiti. Omputeh panggil, burning.
  • Kalau cuping telinga bapak besar, mungkin ada masalah nak sumbat earphone ni kat dalam telinga. Mat salleh selalu ada masalah ni.
  • Tak berbaloi kalau dengar lagu bitrate rendah. Kalau ada Spotify, pergi tukar setting download yang paling high quality.
  • Tak sedap dengar lagu Metallica kuat-kuat sebab bunyi gitar/akustik terlampau detail/tajam. Tapi kalau pakai wayar Bluetooth Aptx version, sedap je.

Wayar Bluetooth tu pulak, versi murah punya sound quality ok, cuma bunyi dia macam kita dengar dalam kotak kedap. Mic pun ok masa main game tapi bateri tak tahan lama. Berlainan pula dengan wayar Bluetooth yang mahal punya, sound bapak sedap, bateri tahan bapak lama, tapi bila bukak mic macam haram bunyi suara & audio.

So, nak selamat beli yang basic je. Nak mudah, tambah sekali dengan wayar Bluetooth murah tu. Nak tip-top beli wayar Bluetooth Aptx yang mahal tu. Macam aku, aku beli tiga-tiga. Hahahaha

Tambahan:

Cara nak connect dengan wayar Bluetooth tu, bukak Bluetooth fon dulu lepas tu baru bukak Bluetooth earphone. Kalau nak tutup pulak terbalik, tutup Bluetooth earphone dulu baru tutup Bluetooth fon. Kalau first time connect je kena pairing dengan fon. Tekan je suis on earphone tu dalam 7 saat, sampai dia cakap Pairing.

Selalunya aku beli dekat Lazada. Shipping dari China, paling cepat 6 hari baru sampai. Ada satu seller ni nama dia Chris Electronic Store, kalau beli sekali dengan wayar Bluetooth tu boleh dapat shipping free, kalau beli banyak-banyak dapat diskaun. Nak lagi best beli guna Lazada Wallet.

Tapi ada jugak kes aku belikan untuk opismate aku 2 minggu baru sampai. Sebab beli time 11.11 punya sale.

Basic (wayar lama, seller lain): https://s.lazada.com.my/s.ieNu

Basic (wayar updated): https://s.lazada.com.my/s.ieNh

Bluetooth murah (Pin type A): https://s.lazada.com.my/s.iXog

Bluetooth mahal (Pin type A): https://s.lazada.com.my/s.iWZK

P beli sendiri. Jangan suruh aku belikan.

#KZ #KZZS3 #knowledgezenith #IEM #earphone #modular #pubg #pubgmobile #aptx


Photo of Afiq Xilantra at a garden with sun ray on top

[Website-WIP] I love to code user interface. Currently building a design system. Used to be a graphic designer and UI designer. Things about CSS, UI interactions, and fast website spark joy to me. If you love reggae, do follow my Spotify playlist at reggaenusantara.com